Objektif


Objektif penubuhan MAIWP Healthcare ialah berusaha untuk menjadi sebuah organisasi terulung dalam pembangunan industri perubatan dan kesihatan yang memenuhi tuntutan fardu kifayah menerusi tenaga kerja yang berdedikasi dan profesional, efisyen, beretika, implementasi teknologi terkini dalam ketuntasan penyampaian perkhidmatan di bawah:

1. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan klinik serta rawatan perubatan kepada masyarakat.

2. Mentadbir dan menguruskan kemudahan serta menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti yang mampu dimiliki.

3. Menjalankan aktiviti-aktiviti kesihatan dan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan perubatan seperti laporan perubatan,konsultasi perubatan dan sebagainya.