Pengenalan


Klinik Pusrawi(maiwphealthcare Sdn Bhd) ditubuhkan pada 20 Oktober 2016 dan merupakan anak syarikat milikan penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Tujuan utama ditubuhkan adalah untuk mematuhi P.U. (A) 138. AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998; “334. Sesuatu hospital swasta tidak boleh menyenggarakan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan pesakit luar kecuali kemudahan dan perkhidmatan pesakit luar pakar”. Oleh yang demikiandipertanggungjawabkan menguruskan Klinik PUSRAWI Jalan Ipoh, Klinik PUSRAWI Taman Permata dan Klinik PUSRAWI Anjung FELDA dan Klinik PUSRAWI Selayang . Klinik PUSRAWI telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan  Hospital PUSRAWI Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1984  bermula dengan perkhidmatan rawatan pesakit luar di Wisma Baitulmal, Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Seiring dengan kepelbagaian perkhidmatan kepakaran dan kemudahan kesihatan  komprehensif yang ditawarkan kepada pelanggan , Hospital PUSRAWI telah memindahkan operasi di bangunan baru di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 16 Januari 2006.